Friday, March 29, 2013

Dia menyahut panggilan Rabbnya.

assalamualaikum wbt...

innalillah...innalillah...innalillah....

pagi jumaat semalam...terkelu...terdiam

mendapat berita perginya seorang guru yang aku cinta..
masih terngiang2 di telinga panggilannya kepadaku..
dia gelarkan diri dia mama..
baginya..kami semua anak2 dia..
ya..mungkin semua guru juga berfikir begitu..
tapi..caranya amat dekat

dia tak bagi muka! dia tak manjakan!
bukan! bukan itu sebabnya aku cintakan dia..

sebabnya..dia tegas...
dia menegur sama macam mak aku tegur bila aku buat salah..
dia berbicara dengan nada prihatin..
gayanya biarpun tegas..penuh kasih sayang

saat kami anak-anak didiknya berjaya dengan keputusan cemerlang..
dia gembira..ya..senyumannya aku masih ingat
pelukan hangat keibuan itu masih aku rasa..
sungguh aku rindukan dia..

walaupun Allah lebih2 mencintai dia..
insan yang amat berjasa kepada anak bangsa..
dialah yg memberi inspirasi..
kekuatannya dengan cabaran hidupnya..
aku kagum! sungguh

walau pelbagai kisah dugaan hidup Allah kurniakan untuknya
dia tetap tersenyum.
wajah itu jarang sekali nampak kusam tanda sedih.

Ya Allah..terima kasih kerana telah meminjamkan insan hebat itu untuk kami
semoga setiap ilmunya..setiap jerih payahnya mendidik kami ..
anak2 yang degil dan banyak kerenah ini..
akan menjadi hujahnya untuk ke syurgaMu...

ampunilah dia ya Allah..
sayangilah dia..
luaskanlah tempat rehatnya..
jadikan kuburnya salah satu taman2 syurga..
temukan kami semula nanti..
dalam syurga Mu yang abadi...
kerana aku cintakan dia..

Dear Mama Yati...im sorry i could not do anything to serve u for all your deed..and none of them i can repay..may Allah repays all the goodness to u..
till we meet again in jannah..inshaAllah...

Monday, March 18, 2013

debaran penentu 0_o

assalamualaikum wbt...

dah lama sangat tak menulis dekat blog ni..rindu tapi terlalu banyak yg ada dalam otak sampai jadi tak organize jadinya.. huhuhu

dah seminggu berdebar...menanti apakah jawapan Allah untuk doa2 aku .. samada Allah memakbulkan atau Allah ada rancangan lain untuk aku..

Hanya Allah jugaklah yang tahu kenapa aku sangat mahukan kejayaan ini..
tapi aku tahu Allah jugaklah yang lebih arif tentang setiap kejadian dalam dunia ciptaanNya..

oleh itu..aku berdebar..
walaupun dah semakin kurang debaran ni sebab dah hampir 2 minggu aku menahan debaran dalam hati ni..tapi masih belum jugak aku dapat jawapan penentu itu

aku takut jugak..aku takut kalau harapan aku bukan seperti percaturan Allah untuk aku..aku takut aku lemas dan hanyut..
'duhai hati..tabahkan iman yang ada untuk menerima segala dugaan yang Allah tuliskan untuk kau...sebab kau hak milik dan pinjaman dia untuk dunia yang sementara ini'

semoga segalanya akan lancar kali ni..semoga ali ni doaku didengari...semoga kali ni sinar harapan itu kembali bersinar..

inshaAllah..dengan izinnya.. >_<

Tuesday, January 29, 2013

rindu

assalamualaikum wbt...

sepanjang sebulan tak buat apa2 dan berdebar tunggu result exam ni...rasa kosong pulak

kosong yg tak terisi.
yes! mmg macam2 aktiviti sendiri yg dah cuba...
macam yg merepek2 dalam post lepas..

tp..
rindu ni lain sikit..
rindu nak pergi program

sebab dua thn sblm  ni..
dkt india ni rajin betul ada program..
program yang seronok sgt!

pengisian rohani
dalam masa sama boleh jumpa n kenal ramai org

*ok...im not refering to opposite gender ok! :/ *

seronok..rasa macam ada semngat baru setiap kali balik dari program2 tu

tapi disebabkan ramai2 senior2 serata india yang dulu aktif membuat program2 ni dah selamat bergelar doktor dkt msia..dah tak ada org yg nak manage kot..

so..dah lama la tak ada program

rindunyaa nak rasa perasaan semangat tu balik!


Wednesday, January 23, 2013

jom jadi chef ^^

assalamualaikum wbt..

hari ni maulid nabi..
dekat fb masing2 post pasal rasulullah..alhamdulillah

secara tak langsung setiap kali aku tgk post2 tu..aku pun selawat kat baginda...kalau tak, bila teringat baru selawat..astaga... T.T

teruk kan? semoga aku dapat cuba untuk terus mencintai rasullullah walaupun tak sehebat kecintaannya kepada seluruh umat ini.. ameen

sollu a'la nabi <3 p="">
dah lama tak menulis dekat blog..
tgh cuti sebenarnya...tggu result exam *lagi*
doakan aku... ='((

dalam tak buat apa2 ni...macam2 jugak la aku merepek
cuba nak hafal beberapa surah dalam al-quran...tapi surah as-syams pun tak habeh2 lagi dari 3 mggu lepas...huhu
aku yang tak betul2 bersungguh2 kot..yosh! usaha!

usrah tak banyak pun...sebab kakak2 naqibah pun masing2 cuti..tapi hari tu alhamdulillah ada pengisian dari seorang sis from msia...sanggup dia fly jauh2 ke india ni haa semata2 nak sampaikan 2 3 baris ayat...subhanallah! may Allah bless her! and the best part is...she is younger than me! double subhanallah! hebatnya ilmu tak kira umur..matang sgt cara dia bercakap..

wishing i could be that good...inshaAllah 1 day... T.T

ok next part..*banyak betul nak story..tak sampai lagi kepada tajuk post ni..wuwuwu*

experimenting!! yeayyy! hehehe
sepanjang 'menganggur' ni, aku asyik 'revise' recepi jee....
so, setakat ni...i think i've made up to hmm 6 experiments kot?
1:puding roti coklat *ok ni mmg rekaan semata2..dah jadi macam puding batik ~ala,mcm kek batik tu~ *
2:soto ayam *ni sebab teringgiiiiiiin sgt nk mkn*
3: Kaya *yg sapu dkt roti tu*
4: Pau *sbb dh ada kaya, so buat la pau =D *
5: Chocholate cheese cake! *ni seperise...sbb i'm not a cake person..huhu tp sbb senang kot resepi dia, so try jela =P *
6: Owh lupa! Crepe! hehehe yang ni memang mengidam sgt2.... so buat sendiri..alhamdulillah jadi wlaupun mkn 2 bijik dah muak sbb again i'm not a cream person tooo =P plus wlupun takde durian...jem nanas pun jadi la.,

Alhamdulillah semua menjadi =D tapi pau tu, 2nd attempt baru yg best...sbbnya bnyk resepi kn,try 2nd time dgn resepi lain baru dia menggemuk dengan hepinya!
3rd attempt try buat inti kacang merah pulak, tp resepi dia tak seronok jugak..kering kontang je..huhu
takpe, next time! inshaAllah..

*kalau la senang sgt nak upload gmbr, mmg dah full dah gmbr2 mereka memenuhi post ni..tapi dgn tenet yang ciput je speednye...paham2 jela.. *

so, next experiment will be
7: beger msia!

owh..hari2 memasak..tapi kadang2 dah lost dah..tak de idea nk msk ape... bila takde idea, jwpnya biar makcik kedai yang bagi idea, plus bg mknn skali! hahaha.

haa..lupa lagi. i'm actually trying to write a novel... baru je hantar cerpen untuk test market..hehe tapi cerpen tu biase2 je..sebab dah lama tulis lagipun...tak dela seramai reader utk cerpen lain...sobs =(

but i will try again! selagi ada masa kn? ;)

hopefully dapat sokongan kawan2!

ni cerpennya

Monday, January 7, 2013

hari yang awhsomee! alhamdulillah ^^

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..
alhamdulillah..
alhamdulillah..

*eh, kenapa bersyukur sgt ni?? dpt result excellent ke dlm exam?? 0.O *

eh..tidak! hehe
tapi alhamdulillah..semalam..rasa semua benda berjalan dengan baik inshaAllah..alhamdulillah =)

1st of all..exam semalam..alhamdulillah..walaupun result nye wallahualam..tapi Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan semalam..dan inshaAllah jugak..tinggi doa ke langit mengharapkan kali ni ada sinar harapan yang baru..inshaAllah..ameen ya rabb :')

2nd..hari tu ada mengarut2 hantar la cerpen cerita bodoh2 dekat satu website ni untuk dipublishkan...punya la debar seminggu check..tapi tak juga dikeluarkan..mulalah nak kecewa kan... =(
tapi Alhamdulillah! semalam dah publish...
cerpen tu cerpen biasa je..tapi sebab dah la
ma tulis pun..and saja nak test market dalam penulisan..
seronok sebenarnya menulis ni! sebab dia macam kita dalam dunia rekaan kita yang tak ada orang pun boleh kacau..hihihi =P
dan kalau orang tak suka..tak payahlah baca kan?? penat2 je nak sakita hati menyampah sebab baca cerita karut2 penulis.. =D

3rd..
hmm..exam dah habis! yeaaaaaaaaayyyyyyyyy! penat la nak menanggung rush of adrenaline yang menular dalam darah setiap kali tahu esok kena masuk untuk teori atau praktikal >_<

tapi semalam dah habis...Alhamdulillah..
tapi tak balik malaysia pun.. kena berjimat cermat kan..
inshaAllah harap2 masa terluang ni berguna dan bermanfaat..nanti kalau Allah tanya, boleh bagi jawapan yang tak mengecewakan ye dok?? =D

semoga..semuanya berlalu dengan tenang..

okeh! semua dah setel setakat ni..
next..cari jodoh!
eh? haha.. ni yang paling leceh!
mak dekat rumah dah sibuk tanya aku yang comot momot ni dah ada orang ke tidak..
adoi hai.. -_-
orang suruh tolong carikan tak nak pulak bagi kerjasama..

takpelah..tunggu surprise Allah la! =D

p/s : agak2 kalau nak mula tulis novel..ade ke makhluk tuhan yang nak baca?

Wednesday, January 2, 2013

hari ini bukan dulu


hari-hari lalu
aku mengutip sisa laluanku
ada yang cantik berkilau
ada yang buruk dan gelap
tapi yang cantik itu makin pudar
yang hitam pula aku lihat bersinar
aku keliru
adakah ini imaginasi semata
adakah aku yang berada dalam lena?
aku keliru

hari-hari yang lepas
aku rasa hidupku satu haluan
satu hanya tujuan
hidupkan impian mak abah
langkah untuk cita-cita
berjaya dalam kerjaya
memiliki permata jiwa tiap yang bergelar wanita
bersama putera harapan hatinya
sempurnakan hidup dengan sebuah anugerah
bergelar keluarga

itu hari yang lalu
hari yang belum aku disapa 'dia'
yang aku gelar tarbiyah
guru laluan baruku
'dia'..anugerah dariNya

dengan'nya' hidupku bukan sekadar itu dan itu
lebih dari segenap yang aku pernah kunci di minda
impian aku bukan untuk sempurna hidup
di dunia cuma
impian aku lebih jauh dan dalam
sebesarnya matlamat itu
segagah itu jugalah lebih banyak usaha aku perlu
kerana kini impian aku yang paling tinggi
meraih jannah..syurga Illahi

walau hari ini tidak seperti semalam
langkahku dihimpit tembok dugaan
ujian dariNya ku harap sebagai penghubung cinta padaNya
walau hari ini lebih berat dari hari2 yang dulu
namun aku tahu
aku rasa
manisnya hari ini lebih dari semalam
enaknya lebih jauh beza

semoga tuhanku memberi izin
bagi hambaNya ini mengenggam berjaya
supaya dengannya..syurga itu mampu lebih nyata
supaya langkah aku makin kuat
supaya semangatku tak mati

kerana..
syurga itu mahal
tak terbeli dengan apa-apa
hanya dengan redhaNya
hanya melalui rahmat dariNya