Friday, March 23, 2012

nostalgic =)

assalamualaikum wbt..

again...i would say..time really is speeding fast!

pagi ni..tengah kemas2 bilik..jumpa kotak hikmat!
*jeng3*

hehe..bukan apa sgt pun..
tapi kotak tu sangat berharga untuk aku..dalam kotak tu bernilai zaman aku kecik2 dulu..
zaman aku baru mula mengenal dunia..mula melangkah.. =)

dalam kotak tu..ada banyak surat2..gambar2..dan semua kad2 yang aku dapat masa zaman sekolah dulu..*most of it*
aku baca. aku senyum sorang2.
ingat2 balik banyak benda yang aku dah mula lupa.

dan membuatkan aku sedar.
aku ramai sangat kawan2 yang penyayang..
yang sangat berharga..
yang tak boleh aku gantikan dengan apa2 dalam dunia ni..

sayang sangat dekat mereka .
mereka yang dah mewarnai zaman2 aku membesar..
mencorakkan sedikit sebanyak siapa aku pada hari ini.,
yang selalu bersama masa kau rasa tak bermaya..
yang berkongsi gembira..
yang bersama dalam duka..

i just want to let them know that they are precious.

irreplaceable

i love them.
to whom i called friends.
thanks for being in any stage of my life.
you are part of me. <3 <3 <3

Wednesday, March 21, 2012

SPM

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..baru sembuh demam dan sakit2 lain..

SPM..ataupun sijil pelajaran Malaysia..

hari ni kanak2 yang baru 'cukup umur' dapat green light utk teruskan hidup masuk alam dewasa

tiba2 aku teringat nostalgia aku dan SPM..
aku ambil SPM tahun 2007 *oh! tuanya rasa!*
so, tolak campur..sekarang ni..dah masuk 5 tahun! *...............how time flies*

masa tu..aku belajar di MRSM..tempat yang banyak sangat ajar aku erti persahabatan dan berdikari..dan jgn terlalu bergantung pada orang lain..
dekat sana jugak lah aku sangat rapat dengan cikgu2...*dekat mana2 pun aku rapat dgn cikgu sebenarnya.. =) *

alhamdulillah..masuk mrsm..aku jadi skema.
maksudnya..sangat positif bersaing dalam segi akademik
dan alhamdulillah jugak..walaupun tak terer..tapi dpt jadi presiden kelab bola baling..hehe
sweet memories.

eh, nanti2 la cerita pengalaman dkt mrsm.
sebab aku nak cerita hari ambil result SPM.. =)

disebabkan aku amik exam dekat balik pulau *tempat mrsm aku* so..terpaksa la balik ke sana utk amik result.

ingat lg..mlm tu..nervous bukan main.
yela..SPM! final exam yang korang akan tempuhi sebelum korang tahu apa nasib korang nanti.
ataupun..setidaknya..itulah yang aku fikir..
pada aku..masa tu..SPM ni sangat penting..
kalau SPM rongak ke apa..aku tak tahu macam mana aku nak teruskan pada peringkat uni nanti..
so..hasilnya..aku sangat nervous..sangat3x

pagi itu pun datang....
aku bersiap. diam.
sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit..aku diam. *susah untuk aku ni diam kalau berjalan*
mak pun pelik..tapi paham2 jela kan..
dalam hati ni..punyalah berselawat...takut..risau..cuak..mcm rojak.

masuk perkarangan mrsm..kaki ni mcm menggeletar je nak melangkah..
dah ramai dah yang datang lg awal..
aku pun keluar dari perut kereta..
berjalan perlahan2...
macam risau sungguh nak melangkah masuk dalam dewan seri gemilang..sebab kena amik result kat dalam tu

masa aku pergi result kelas a-g belum lagi di announce kan..
fuh! lagila bertriple cuak dalam jiwa ni!

bertabah lagi..sambil2 tinjau result2 kawan2yang dah dapat..
mak dan abah..biasalah..tenangkan aku..takpa..dapat apa pun kita dah usaha.. bla3..hehe

tengah2 melayan cuak dalam hati..cikgu2 yang bertanggungjawab pun masuk dalam dewan..
kecoh2 la..masing2 dah kelam kabut nak tahu result..aku je yang still mcm segan2 lagi nak tahu..
abah dah tak sabar.
abah suruh aku pergi tengok cepat.
kena panjat tangga lah. naik atas stage.

aku pun naik dengan kaki menggeletar..

dah 2 3 orang dah aku dengar menjerit dan melompat.

aku pun dengan slow-motion pergi dekat meja cikgu.
'julia masitah binti harun'
aku cakap nama aku.

cikgu pun search la nama dalam slip2 exam yang banyak tu...

nervous lagi. masih!

jumpa nama aku!

aku macam tak sabar dah nak jeling slip tu time tu..
tapi..cikgu senyum!
alhamdulillah!

cikgu pun..'tahniah..awak dapat 10A'

warghh!
time tu , mcm nak lompat terjun dari stage terus..
balum sampai kaki ke lantai bawah tu aku dah jerit dekat mak..
'orang dapat semua A!! "
perasaan gembira masa tu..Allah sahaja yang tahu.

yang paling aku tak tahan...mak menangis..
abah happy sangat2 =)

at least ..aku berjaya buatkan mereka gembira..alhamdulillah

seronok nya tak terhingga. aku mcm nak peluk semua cikgu2 yang ada time tu =) *memang peluk pun *

dan menambah nikmat lagi...alhamdulillah aku dapat A1 untuk EST..dan kalau tak silap aku..aku sorang je student dekat mrsm tu yg dpt A1 utk subjek tu...seronok sangat time tu.

hmmm....tapi itu dulu...
zaman Allah bagi aku ruang untuk merasa nikmat berjaya =)
thank YOU Allah.

sekarang..aku tetap merasa nikmat kegagalan...

tapi aku pasti perjalanan ini msih jauh lagi..
segalanya hanyalah permulaan..
dan inshaAllah..Allah itu maha Adil

bukan hidup namanya kalau selamanya hanya berada di puncak

dan aku akui..aku bukanlah seorang yang cerdik semula jadi..dari azali..
aku bukanlah seorang yang pintar...
semuanya pujian hanya pada Allah..
yang izinkan usaha2 aku menampakkan hasilnya..
dengan izinNYA aku berjaya sehingga ke tahap ini..
berjaya melangkah sedikit jauh..

mungkin ketika ini langkah aku tersangkut..
mungkin aku sedang tersadung dalam lubang akibat kegelapan malam..
ataupun aku tak sedar yang jalan yang aku lalui memang banyak lubang..

bairlah ujian hari ini..menjadikan aku yang kuat esoknya..

mungkin lebih baik begitu..

inshaAllah..
dan sememangnya...aku sedang belajar..
untuk tawakkal..

Saturday, March 10, 2012

nak ke tak nak...

assalamualaikum wbt..

seminggu semakin menjauh..hari berlari..

aku ..masih di sini..
kadang2 masi mengharap..
di sebalik redha yang semakin menebal membalut sedih dan duka..
masih ada ruang2 rongga yang membuatkan perasaan halus bisikan iblis menyelinap ke akal..
berbisik ke hati..
sengaja nak meraih semula sedih yang dah semakin jauh lari..
sengaja nak menyakitkan hati sendiri..

nak ke tak nak?
aku sebenarnya dah ok..(kot)
sebab..aku dah boleh bercakap dengan bebas (tanpa sebarang aliran air mengalir)
tapi...

aku tak pasti..
kalau aku cakap aku ok..
mula berlagak biasa..
mula aktif menulis status2 di fb..
adakah aku sebenarnya tergolong dalam golongan yang menipu..*nauzubillah*

sebab..
aku belum sepenuhnya pasti yang aku dah ok..
aku belum betul2 pasti sama ada aku jujur bila aku cakap tak apa...aku dah ok.

betul! aku memang tak pasti..
mungkin aku memang perlukan lebih sikit masa dari dulu..

tadi jumpa sarah..dia balik cuti..seronok!
dia memang dah ubat sikit sedih aku..mesti Allah hantar dia untuk kurangkan sedih aku kan?
thanks Allah <3

sarah dgn acik..
2 manusia ni..aku mmg susah nak kawal senyum dgn gelak kalau aku dgn 2-2 manusia ni..
nasib baik sorang lg jauh..kalau tak..mesti aku lupa baru beberapa hari lepas aku macam org hilang anak..*beranak pun tak pernah konon2 hilang anak -.- *

whate ever it is..i think i'm not yet fully gain d strength.but i'm gaining more each day..
and again..thanks for all the love and care..dear friends and sisters

Wednesday, March 7, 2012

menangis dan menangis

assalamualaikum wbt..

tangisan...bermaknakah?

betul ke dapat menjaji pencuci luka?
atau sekadar jadi disinfectent..supaya luka yg berdarah tu tak dijangkiti kuman..dan tak merebah menjadi barah yang lebih parah?

hati masih merekah..
jiwa masih lembut gemalai...kalau kasar sikit je sentuhan pasti berderai jadi abu di udara..
otak masih beranagan2...masih terawang2...masih nak bermimpi..berhajat apa yang ada dalam jalan di hadapan ini adalah mimpi semata2...hanya dongeng yang tak nyata..

menangis!
perilaku orang yang lemah!

mungkin bukan zahirnya..
tapi yang pasti batin tak mampu menahan kecewa hati..
tak mampu menahan sedih yang melanda jiwa..
sebab hakikat aku..insan yang hina dan lemah..
berharap ihsan dari Pencipta

apalah aku ini..
hanya mampu menutur kata..
cuba tersenyum riang..
cuba mengungkit rias bahagia..
cuba untuk lupa..
tapi tetap tempat luka yang berdarah makin dalam ini sakitnya terlampau
aku tak mampu nak sembunyi terlalu lama

kadang2..aku termenung sendiri..menahan gejolak rasa yang sgt pedih itu..
kadang2..aku cuba sembunyikan diri..aku takut syaitan laknatullah berjaya membuat aku melampiaskan perasaan buruk aku pada yang tak berhak..

aku takut..
ada baiknya aku diam
ada baiknya bicara aku dalam hati.

aku tau ada Allah di sisiku
aku tau Allah dekat..
aku tauDia sedang melihat..

aku harap aku kuat..aku malu menghadapNya

hanya dugaan hidup yang sekecil ini aku dah tak sanggup..
hanya dugaan sebegini aku dah rasa macam dunia berhenti berputar..
hanya ini..
belum lagi sehebat yang lain.

tapi Allah itu Maha Tahu dan Maha Adil..
dugaan kecil ini dah kurasakan berat..
betapa aku ini sangat kerdil dayanya..
bergantung hanya pada DiA...

Tuesday, March 6, 2012

mengharap mimpi

assalamualaikum wbt

hari ini..aku bangun..aku masih mengharap berita apa yg aku tahu adalah mimpi..

aku rasa sejak berita pemergian abg aku masa tahun 2007...nilah berita kedua yang buat aku rasa lemah lutut...

yg buatkan aku nk tido..tak mahu bangun..tak mahu tengok orang..tak mahu nak senyum lagi..
tapi alhamdulillah..yang menyelamatkan aku adalah IMAN...

yes..iman..thanks Allah..

sedikit2 aku dah mula nampak hikmah kejadian ini untuk aku..
alhamdulillah..
dengan musibah ini..aku mula lihat siapa sahabat2 aku yang sebenarnya..

sungguh! aku tak sangka..yang aku dikurniakan Allah dgn kasih syg mereka...
kata2 mereka..biarpun dari jauh..tak bertentang mata..
buatkan aku rasa tenang..kurang kesakitan..tambah sedikit sisa semangat yang aku cuba kumpul..

kenapa sakitnya amat perit kali ni?

mungkin aku PERASAN yang usaha aku sgt lebih kali ni..
mungkin aku rasa mcm aku usaha lebih dari yang lain..
mungkin aku rasa aku dah cukup banyak meminta dan berdoa..
mungkin..mungkin...

tapi natijahnya..Allah yg tahu..yes..only HIM..

angan2 dan impian untuk sama2 mengharungi liku perjalanan bersama rakan2 yang selalu bergelak ketawa bersama..yang selalu berpayah perit bersama...

yang terkubur bermula semalam...aku rasa macam ada batu besar yg menghimpap diri ku..
membuatkan aku lesu...tersorot di ruang yg paling gelap dan tercorok..

yang aku rasakan tak mahu ada yang memandang aku pun ketika itu..
aku tak mampu dilihat..aku tak mampu didengar...

sungguh..aku tak pernah merasakan kesakitan seperit ini...
pernah..sewaktu abg yang selalu jd tmpt aku bertepuk tampar dan bergurau senda pergi meinggalkan aku buat selamanya...

aku belum kuat untuk mengatakan aku dah bersedia melihat kembali dunia..
ketika ini..aku masih rasa amat kecil...
amat kerdil..aku rasa tak layak nak bagi pandangan pun...

dengan tanggungjawab aku pada mak dan abah..dan keluarga aku..
aku rasa sangat berat dugaan MU ini ya Allah...

aku berharap ketika ini..Kau sentiasa memberi aku kekuatan...

aku tau aku sudah sangat hampir..
dan apasti ada sebabnya Kau tidak mahu aku sampai untuk kali ini..

pasti ada yang tersembunyi..yang hanya Kau yang tahu..
yang aku.tak tahu..sebab..pengetahuan hambaMu ini terbatas...

terima kasih ya Allah sebab kurangkan beban aku..
wlaupun belum cukup untuk membuatkan aku melangkah...tp cukup untuk membuatkan aku sedar masih ada kasih sayangMu untukku...

mungkin aku akan berguna untuk yang lain..mungkin itu lebih baik..

buangkanlah kesedihan ini..
lupakanlah kesakitan ini..
jauhkan memori pahit ini..
bukan untuk lupa..
tapi sekadar untuk mengurangkan beban jiwa..
hanya untuk seketika ini..bkn selamanya..

sebab aku tahu..satu hari nanti..
aku akan menoleh dan berkata..aku pernah ada di situ..dan aku tahu rasa...yang pernah Allah pinjamkan kepadaku ketika itu..

cukuplah Allah bagi ku...tempat aku bergantung dan brharap...

Monday, March 5, 2012

failure? let me speak about it

assalamualaikum wbt..

hari ni..sekali lg Allah menguji..
aku tak tahu di mana tersembunyi kekuatan aku..
yg pasti..aku tahu Allah tahu yg aku ni kuat..
dari segi mana..aku tak tahu..
tak tahu..

senang untuk pandang dan cakap..
'eh, tak lepas lg?" yes. easy to say.

aku tahu..org hanya akan betul2 merasai perasaan itu bila mereka sendiri ada dalam situasi tu..

for the 2nd time?
owh it hurts much worst!

to know others are leaving a step ahead..
and you are still wandering around the same step..
about to see the same face again..
asking u the same unknown-answers question..
trembling again..
wobbling words..

and the fact that it is such a pain is that..
when yiu know your parents are sop worried about you..
and you..

you can do nothing about it..
because you yourself cannpt settle your own feelings..
the feelings of nowhere..
dugaan itu hanya untuk yang mampu..
inshaAllah aku masih mampu..
cuma aku sedang mencari lagi titik kemampuan aku..
aku masih meraba lagi..adakah sisa yg masih tertinggal..
untuk aku berpegang...
untuk aku menyuap sisa2 baki kekuatan untuk aku jadikan tenaga untuk aku bergerak lagi..
mengengsot...atau meyeret..langkah ini kena aku teruskan..

masih ramai yang mahu aku terus mara..
masih ramai yang mengharap aku berjaya..
masih ramai lg..

ya Allah..temukan aku dgn kekuatan itu.
di kala aku tak mampu memandang ke atas..
dikala ku rasakan aku ini tak layak di sini..
di kala aku rasa seperti megalah itu hampir..
berilah aku kekuatan ya Allah..
bantulah hambaMu ini ya Allah..
bantulah aku.
dalam setiapp langkahku..
kuatkan aku di kala aku lemah..

engkau Maha Tahu apa yang aku tak tahu..

aku merasa sangat asing tika ini ya tuhanku...