Tuesday, September 11, 2012

hari semakin mendung...kelam..gelap..

assalamualaikum...bismillah..

hari yang aku lalui kini..hari ini...ketika ini...tak pernah aku bayangkan sebelum ini..

ada ketika aku tertanya..
apakah dosa yang pernah aku buat..atau apakah hikmah yang begitu besar yg Allah sembunyikan dalam segala ujian yang harus aku tempuhi tanpa pilihan ini?
adakah Allah tidak mahu mendengar rayuan ku?
tidak cukup kah doa2 ku di setiap waktu2 mustajab yang Rasullullah anjurkan?

masih jauhkah aku dariNya..sehingga Dia masih tidak mhu mendengar ku?

sungguh...persoalan2 ini...selalu menghenyak hati..menghempuk jiwaku..
yang ketika ini..lemah..rapuh..mudah berderai hancur..boleh senang ditiup angin..

cita2 yang abah harapkan padaku..satu2 nya harapan keluarga..
dan aku kira segala yang berlaku setelah lelah usahaku..bukan lagi dalam gapaian ku..
aku xmampu nak meracau..meraih..angan2 yang aku cuba jugak dapatkan
walaupun ada masa itu..aku rasa penat sangat..
aku rasa menyesal berada dalam jalan yang lebih susah dari orang lain..

ada masanya..aku rasa nak lari..
aku rasa nk main2..aku xnak hidup dalam keseriusan yang amat sangat ini..
ketika dunia yang paling dekat denganku bertalu2 dengan soalan mereka..
soalan yang aku xmahu jawap..
sebab aku pun tak tahu apa jawapan yang paling tepat untuk ceritera ciptann Allah ini..
aku hanya pelakon..yang menanti bait2 skrip pada hari2 mendatang..
hari2 yang penuh misteri..

adakah tercapai impian abah?
aku xtahu..sebab segalanya bukan dalam genggamanku...

yang simpati..terima kasih..
tapi kalau kalian mahu berkongsi rasa..
jangan! sebab kalian takkan mampu bayangkan perasaan ketika impian yang dulu di depan mata kini lesap dan hanya tinggal bayang2...entah kembali atau tidak..aku tak pasti..

terima kasih Allah..
kerana walau apa pun yang Engkau tuliskan untuk hambaMu ini selepas ini..setidaknya..aku telah Engkau kenalkan dengan orang2 yang aku tidak kesal habiskan waktu bersama mereka..mungkin hanya sekejap..atau mungkin keajaibanMu yang xterjangkau oleh akal cetekku..

aku harap Engkau mahu kuatkan aku....'
tolong kuatkan aku Ya rabb...sebab..aku sendiri tak mampu nak gerakkan diri ini untuk bangun kembali..