Monday, November 28, 2011

lafaz..atau hanya kata2?

assalamualaikum wbt...

semoga rahmat Allah sentiasa bersama kita..insyaAllah

pagi yang sangat nyaman dengan udara musim sejuk ni....tiba2 otak ni terfikir sesuatu..

selalu sangat dengar orang cakap..

" nak buat apa2 pun biarlah sebab Allah..LILLAHI TAALA...buat sebab Allah...insyaAllah Allah permudahkan.."

kata2 sangat kerap didengar sampai rasa macam dah sangat cliche'

bila berniat..biar sebab Allah..
Alhamdulillah kata2 ini pun mestilah berlandaskan iman..
sebab cuba meletakkan Allah sebagai tunjang untuk bertindak..

tapi..

yang terlintas kat otak..
mungkin jugak dekat hati...
niat LILLAHI TAALA ..

adakah sekadar bicara bibir..
atau mungkin sekadar penyedap hati..
atau benar tulus dari hati?...

bicara.
perkara paling mudah.
budak yang baru masuk sekolah pun bijak berkata2!
senang..setakat lahirkan kata2 dari bibir...walaupun tak lekat di hati..

penyedap hati.
kononnya nak rasa dekat dengan Allah..
biarlah Allah tahu kita ada effort nak ingat Allah
tak lah rasa macam terlalu menjauhkan Allah
at least ada jugak ingatan untuk buat sesuatu sebab Allah...

tulus.
tak hiraukan apa2 selain Allah..dan redhaNya..
tak kisah akibat perbuatan selagi berlandaskan ajaranNya
tak kisah pandangan orang lain selain pandangan Allah..
tak fikirkan selain kasih sayang Allah..
tak kisah apa2 asalkan Allah yang kisah..Allah yang peduli..
tak kisah kalau tak ada orang yang tahu...
asalkan Allah tahu mana mula...dan di mana akhirnya nanti..

hmm...tulus sebab Allah
lillahi taala...
macam leceh kan??

contoh paling senang...post2 dekat fb...

masa tulis benda yang bermanfaat untuk share dgn orang..
apa yang terlintas time tu?..
"mesti ramai orang like lepas ni.."
"mesti dorang akan komen post ni"
" hehe...macam baik je kan buat status macam ni.."...etc

atau

"insyaAllah Allah tahu niat aku..insyaAllah bermanfaat utk saudara2 aku...insyaAllah demi redhaMu"...

agak2 yang mana 1?

well.. it sounds easy..
but ..

soal hati..manusia susah nak kawal

tapi kalau berlandaskan iman...
kalau cinta yang cuba diraih berlandaskan iman...
bertunggakkan Allah..
mungkin tak mustahil...

semoga saya menulis pagi ni dengan niat..lillahi taala..

tapi..kata2 tak perlu pun..
sebab ikhlas tu pun seharusnya.
macam semut hitam yang berjalan dalam gelap..tak nampak.langsung.
hanya Allah yang tau..
mungkin itu lillahi taala yang sebenar...

semoga setiap lintasan hati kita untuk kebaikan adalah yang benar kerana Allah..
supaya setiap patah yang terzahir dikira Allah sebagai ibadat...
tak pun sekurangnya dikira Allah sebagai usaha untuk kita cuba dekat dgn DIA..

Dari Abu Hurarairah r.a. katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesungguhnya orang -orang yang dahulu diputuskan perkaranya pada hari kiamat
ialah orang yang syahid. Orang itu dihadapkan, lalu diperingatkan kepadanya
nikmat Tuhan dan diakuinya. Ditanyakan :
"Apakah engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya berperang pada jalan Engkau, sampai saya mati syahit"
Firman Allah : "Engkau dusta, melainkan engkau berperang supaya disebut
sebagai orang yang berani"
Sesungguh disebutkan : "Kemudian diperintahkan diheret dengan muka telungkup
sampai dilemparkan ke dalam api neraka"

"Dan seorang lagi yang mempelajari ilmu pengetahuan, mengajarkannya
dan membaca Al Quran. Lalu orang itu dihadapkan, diperingatkan nikmat Tuhan
dan diakuinya. Ditanyakan : "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan itu?"
Dia menjawab : "Saya mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membaca Quran kerana Allah"
Firman Allah : "Engkau dusta! melainkan engkau mempelajari ilmu pengetahuan supaya
engkau disebut orang yang banyak membaca Quran.
Sesungguhnya disebutkan : "kemudian orang itu diperintahkan supaya diheret dengan muka
terlungkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"

"Dan seorang yang dicukupkan penghidupannya dan diberi segala macam kekayaan
Lalu dihadapkan, diperingatkan kepada nikmat Tuhan dan diakuinya"
"Ditanyakan apakah yang engkau perbuat dengan nikmat Tuhan
Dia menjawab : "Setiap lapangan yang Engkau sukai supaya dikeluarkan
nafkah untuk itu, tidak pernah saya ketinggalan untuk membelanjakan
kerana Allah " Firman Allah : "Engkau dusta ! melainkan engkau
perbuat itu supaya disebut orang dermawan".
Sesungguhnya disebutkan : "Kemudian diperintahkan supaya diheret
dengan muka terlengkup sampai dilemparkan ke dalam neraka"
Hadis sahih riwayat Muslim

tak perlu ucapan2..
"jangan pandang sy dgn kata2 sy..."
"jangan fikir sy baik bila buat post2 mcm ni..." etc..

sebab...ALLAH itu MAHA TAHU.
kalau baik....baiklah padaNYA..
kalau sebaliknya...DIA juga yang menyimpan niat kita itu..

~wallahualam~


Saturday, November 26, 2011

iman

assalamualaikum wbt...

insyaAllah hari ini iman bertambah sihat dan nafsu semakin terkawal..

iman...

kalau secara teori dan skematiknya...iman tu dari segi bahasa bermaksud kepercayaan yang keyakinan yang jitu ..~ni yg kita hafal utk spm dulu2 kala~

ada jugak orang yang nama iman...mcm abg iman...senior tmpt kitorg ni..hehe

tapi tak kisahlah apa definisi atau ayat2 sastera yang orang nak letak..
yang penting..kalau akidah kita islam..
insyaAllah..iman kita 1..pada dasarnya..
*walaupun rukun iman itu 6*

iman...
kepercayaan yang menyatukan dalam satu kalimah..LAA ILAHAILALLAH>>>tiada tuhan yg kusembah melainkan Allah..
bukan calang2 orang boleh menyebut kalimah ini dengan hati yang bergetar..
bergetar kerana merasa indahnya bernaung dalam kalimah ini
bergetar kerana takut bertemuNya dalam keadaan kufur batinnya..walaupun hakikat zahir sempurna..
bukan semua..
bukan semua yang lidahnya basah dgn ucapan ini..
tapi hati masih beku dan bisu..
tak faham..
masih belum mahu menakluk..
maksud hakikat iman yang benar..

iman...

percaya dengan yakin...Allah itu ADA
percaya sepenuh hati rasul2 itu utusan dari Allah
percaya dengan pasti malaikat itu sentiasa mencatit baik buruk kita...dan mereka lah yang sentiasa patuh perintah Allah
percaya bahawa qada' dan qadar itu memang janji Allah
percaya bahawa kitab2 anugerah kepada para nabi adalah kalimah2 Allah yang benar
percaya tanpa ragu hari kehancuran itu pasti tiba

cukupkah sekadar percaya?
cukupkah sekadar lafaz?
apa yang ada dengan sekadar percaya?

percaya pada manusia? yes..mungkin sia2
manusia lemah kan sifatnya..
pelupa...kalau janji boleh memungkiri..
penipu..kalau bercakap tak pasti benarnya
pemalas..kalau berkerja tak mantap hasilnya..

so..percaya pada manusia tu hakikatnya..TAK PASTI..
sebab...hakikat manusia tu...sehebat mana pun dia..
pasti ada satu ketika..ada masanya..dia merasa lemah
hilang punca..
tak kisahlah sekejap atau lama
tapi ketika itu..manusia itu akan mula nak mencari sesuatu
sesuatu yang dlm pelbagai bentuk....
sesuatu yang kononnya mampu mengurangkan kegelisahan

sesuatu itu..untuk yang TIADA iman..
ialah..
arak.
judi.
perempuan.
hiburan.
dan aktiviti berlandaskan aturan iblis.

untuk yang berTUAH diberi nikmat iman..
masa hati gelisah..jiwa berkecamuk..
sesuatu yang kita rujuk semula..
berlandaskan 1 kalimah...iman!

sesuatu untuk kita yang berIMAN..ialah..
Allah..dan segala macam yang mampu membuat kita merasa dekat dengannya..
solat yang dijaga sempurna..
solat sunat penyeri ibadah.
puasa sunat pemelihara nafsu.
zikir pembasah lidah.
ingatan yang tak lekang mengharap redha Allah.

iman.yakin dengan pasti Allah itu ada.
yakin dengan pasti Allah itu maha tahu.
yakin dengan pasti Allah itu maha melihat.
yakin dengan pasti Allah itu maha adil.

hanya iman yang benar.iman yang hebat.iman yang mantap..yg mampu membawa seorang hamba menjadi hamba yang hebat di mata Sang pencipta dunia..dan seisi ciptaanNya..

semoga iman kita bertambah sihat setiap ketika.
semoga Allah sentiasa memelihara iman kita dari kejatuhan dan kegelapan.
moga iman kita itu yang mengiring kita melangkah ke syurga.

walaupun kita masih merangkak..walaupun langkah masih berketar2...tapi dgn iman..Allah tahu setiap nafas yang sedang berusaha dari hamba-hambaNYA yang amat lemah sifatnya.

so..dont stop now!
mati dalam keadaan mengejar iman itu lebih baik dari mati dalam menikmati maksiat..

semoga dengan iman..hidup kita terpelihara..akhlak terjaga..dan ukhwah hanya untuk Allah..

dari novel sinergi HILAL ASYRAF ;

jika kau terjatuh ke dalam neraka..aku akan menarik kau untuk bersama ke syurga..sebab cintaku kepada persahabatan kita atas dasar iman..ukhubufillah <3

wallahualam~

Thursday, November 24, 2011

aku dan angry bird

assalamualaikum...

ketika ni...sepatutnya aku dah tido nyenyak...tapi masih celik


sumpah! dulu...aku tak teringin langsung kenal dengan burung2 berbagai warna dan bentuk dan karakter yang tugasnya menyerang musuh2 yang menghalang perjalanan dorang..

dulu..aku terfikir...apelah binatang burung angry bird yang femes sgt ni??
punyalah takde idea yang mereka ni adalah game yang amat femes...yang aku tau..banyak t-shirt bercorak mereka yang digunakan budak2 dan mak bapak budak..hehe

yang pasti..aku mula berkenalan dengan burung2 ni..sejak aku terbaca satu entri dekat fb..
entri tentang 'angry bird dan kaitannya dengan fisabilillah'

tak pasti korang pernah terbaca atau tak..
tapi sebabkan entri blog tulah aku jadi peminat kepada burung2 kecik tu...
dan siap ditekankan uts Hasrizal pun layan game tu jugak..lagilah aku berminat untuk berkenalan dgn burung2 idaman ramai tu..

aku pun berkenalan atas dasar nak tahu..
tapi akhirnya...setiap hari aku makin MERINDUI burung2 tu... T.T

padahnya dekat aku!

tapi alhamdulillah..tiap kali aku rasa aku makin lalai dengan lagha ni..
aku teringat pesan ustaz Hasrizal..PUT FIRST THING FIRST!

so..utk ketika dan waktu ni...burung2 tu bukan PRIORITY aku..
mungkin setakat peneman semasa aku mengantuk masa belajar bolehla..
tapi mengisi sepenuh masa dalam hari2 aku tak kot..
banyak lg tanggungjawab yang tergantung..

tapi yang seronoknya..
kalau main..yang terbayang dalam fikiran aku...aku adalah jeneral kepada tentera2 muslim yang bertarung dan berkorban menyerang musuh2 kafir laknatullah..
dasyat kan??
hehe..memang dasyat!

tapi betul..tak tipu..tula perasaan aku
sebab tu aku tak puas tinggalkan burung2 tu ditindas selagi 'musuh2' tak mati
simboliknya game ni..musuh2 islam muncul dalam banyak rupa dan ideologi..
banyak halangan yang dorang letak dan betapa susahnya menewaskan mereka kalau alatan dan pemikiran kita tak cukup kreatif untuk membaca taktik mereka..

hehe..main game pun nak serius kan?

tapi tu kan lagi baik dari main game dan tak dapat2 langsung apa2 input..

so..kesimpulannya...aku dan angry bird..
kami sepasukan..hehe

semoga nanti angry2 bird ni akan betul2 berjaya menumpaskan musuh2 sebenar dalam alam yang nyata..insyaAllah.. =D

Tuesday, November 22, 2011

get to know HIM =)

assalamualaikum wbt...

sekarang ni dah masuk winter dekat sini..
winter dekat india...*DAVANGERE to be specific* paham2 sajelah...

tapi boleh tahan jugak hujung jari ni sejuk macam celup air sejuk masa bgn pagi2...huhu
ada yang sensitif...siap balut badan mcm duduk korea..hehe
tu memang kulit senipis kulit bawang tu! heee

yang pasti..musim sejuk ni...enzyme2 badan pun lemah lah sikit..
asal ada waktu je....laju je badan nak landing atas tilam...
tulah yang kurang bestnya musim ni..

tapi..tak lama lagi..boleh la makan strawberi! hehe
jangan tak tahu...kat kawasan ni..ada jual strawberi ok!
dan sangat murah! dan sangat fresh!

nyum3....tak sabar pulak tunggu strawberry datang sini..hehe

dalam musim ni jugak..musim exam pun nak join sekaki..

time badan asyik nak tido...asyik nak lelap...
huhu..dugaan2...

tapi hidup bukan hidup kalau tak ada dugaan kan? =)
so..layan jela..

kuatkan hati..kuatkan iman...insyaAllah.. =)

insyaAllah..Allah tu bukan sahaja penyayang..tapi MAHA penyayang...
maksudnya...dalam ramai2 orang yang syg korang dekat dunia ni..Allah lagi sayang dekat korang..cuba bayangkan???

err...nak cakap sebenarnya...walaupun Allah bagi ujian..tapi Allah tak kejam
berdoalah...
doa kan senjata orang yang beriman...
mintak dekat Allah..mintak banyak2...

pernah tengok tak..orang kalau kita mintak barang hari2....non-stop...menyampah tak??
kalau tulus sangat pun hatinya..insyaAllah lah..sekelumit perasaan menyampah tu ada jugak...

tapi Allah tak...tulah speselnya kalau mintak kat Allah...
boleh mintak apa2 je yang kita nak...
nak mintak bintang pun boleh..insyaAllah..klau Allah nak bagi takda yang boleh halang..
Allah cakap je..'kun fa ya kun' ..toin! muncul seketul bintang atas tapak tangan!
hehe..
tak mustahil...

"tiada yang mustahil bagi Allah"

so..selagi bernafas mintak la..
disebabkan Allah sangat pemurah...dan Allah sangat nak MEMBERI..
sampai kan orang yang tak mintak pulak Allah rasakan orang yang sombong...
Subhanallah =))

baik kan Allah??

kalau manusia...orang tak mintak lagi bersyukur....tenang hidup aku..hehehe

so..disebabkan itu..
get to know ur creator...and starts to fall in love with HIM now!
because u will find the peace and tranquility that u cant find in HIS other creations..
kalau perasaan tenang dan orang yang paling kita harapkan pun Allah yang cipta...bukan mustahil untuk Allah berikan ilham dalam hati kita untuk sesuatu yang kita tak pernah langsung terlintas sebelum ni..

Allah is the best..and dont try to seek others because u are already lucky to be the chosen one HE picked to get to know HIM <3

as a start..try to do everything in the name of ALLAH...insyaAllah..HE will be with u along the path...

~wallahualam~

Dari Umar bin Khattab r.a. katanya :
"Rasulullah s.a.w. bersabda : "Amal itu hanya dengan niat,
Setiap orang hanya memperoleh menurut apa yang diniatkan.
Sesiapa yang ada niat hijrahnya kerana Allah dan RasulNya,
maka hijrahnya memperoleh (pahala hijran) kerana Allah dan RasulNya
Dan barang siapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak
dicapainya atau wanita yang hendak dikahwininya, maka
hijrahnya (mendapat balasan) menurut tujuan hijrahnya".
Hadis sahih riwayat Muslim

Monday, November 21, 2011

i am still me..

assalamualaikum wbt...

sepatutnya masa ni roh dah merayau2 dah...tapi tetap mata ni celik lagi...takut esok jasad ni mengada tak mahu bgn awal pulak...hehe

tapi...cant help my self

terfikir pasal kawan2...tiba2 je..

so..dalam minda celik walaupun separa sedar ni....rasa nak dedicate untuk kawan2...tak kisahlah ada yang baca ke tak..

to all my dearest friends...
yang baru kenal atau yg dah lama
yang pernah bertegur sapa atau tido sebantal..
so just to let u know..
to you..most of u that i entitled as my friends...

u really meant a lot to my life...my whole life..
i can say..u created my environment..and u do created my personality..insyaAllah

kalau sekarang korang nampak aku berubah..
jangan jauhi aku..
aku sayang korang..
semua!
mungkin perubahan aku buat korang rasa...
"kenapa dia ni...mcm pelik je skrg ni..bla3...atau ayat2 yang sewaktu dengannya"

sebab korang kwn2 aku...aku tahu korang tahu aku macam mana dulu dan sekarang...
macam mana aku dulu...dan mungkin macam mana aku lain sikit sekarang..
tapi insyaAllah..aku tetap aku

jgn pandang aku dgn gaya aku sekarang..
jgn pandang aku dgn cara aku sekarang..
aku cuma nak jadi lebih baik dari dulu..

aku,saya,i..

tak berubah pun! kalau ya..mungkin sikit..

tapi korang sikit pun tak berganjak dari title kawan2 aku...

awak, hang, u , ko...

korang still aku ingat...insyaAllah aku tak lupa...
sampailah Allah takdirkan aku kembali berjumpa Dia...
atau andai Allah takdirkan aku hilang semua ingatan aku...nauzubillah..
mungkin waktu tu aku lupa korang...
tapi selagi benda tu belum jadi...
insyaAllah...

setiap detik hidup aku ..
korang antara yang corakkan perjalanan aku..

haha...bunyi jiwang kan??
sebab aku rindu korang semua...
semua..!!

tak kisahlah..ceruk mana sorang2 duduk sekarang ni..hehe

mintak maaf kalau buat korang , hampa rasa tak seronok kawan dgn aku...huhuhu
aku ni kan bengong kadang2..sori ok.. T.T

ok..lastly..sayang sgt hampa2 ni...tak boleh bayangkan hidup aku sekarang..kalau aku tak jumpa hampa dalam perjalanan hidup aku selama aku bernyawa ni...

jangan lupa kat aku tau!

hampa selalu dalam ingatan aku...
*sebab tu aku tak perlukan boyfren selama ni..alhamdulillah..Allah bagi hampa semua dekat aku..sebab hampa lagi best dari boyfren2 sekalian.. =) *


Friday, November 18, 2011

aku masih manusia yang serupa

asslamualaikum wbt..

aku masih manusia yang serupa..
ya..aku cuba berubah..
tapi perubahan itu perlu masa
kalau nak yg kekal lama la kan
kalau setakat hanagt2 taik ayam tu lain la cerita

semalam dan hari ni
iman sedikit teruji
dan nampak sangat kelemahan aku
tak mampu lagi nak kawal perasaan marah dekat orang
belum mampu!

teruk perasaan tu
masih nak ambil hati
masih nak terasa
nak kecik hati
nak sensitif

segala term yang boleh guna untuk describe perasaan la semua2 tu nak guna

haih..aku pu tak tahu

harap2 akan sampai masa
aku sendiri rasa malu dengan diri bila aku marah

tapi..
aku senang sejuk
just say sorry
and admit you are wrong
thats all.

i dont need tons of flowers
i dont need expensive gifts
i dont need nice words of praises

just sorry
and it really a sorry that u really mean to say it
thats all.
really mean it.

not just a sorry to make the moment calm
not for that moment only.
because there are things that tend to accumulate too fast
till then you just didnt realise it already passes a limit

a limit of patience

and that is when all the good will automatically change to bad

nothing will seem nice to be flattered
nothing will seem good to be discussed about

so before that moment happen

revise yourself
admit it when you know when things starts to change sour
admit it

not always..but you really need to..then just do it

because when its too far..
it will just be too difficult to be endure anymore
and that is when the pain starts crawling
deeply
and deeper each day

so. lets stop.
admit. say sorry. and no more.
sometimes, to live in society we have to know our limits

stop at right person. stop when the alarm is ringing.

dont push it too hard.

not everybody enjoy the torture.

be thoughtful

at least for a moment

respect others. especially when you are in public.
dont create stupid jokes in which only you will enjoy.
laughing on somebody about their lackings is not a good practice.

deep down a scar is drawn.
just to be known,
stop it when it reach the red line

fullstop.

Wednesday, November 16, 2011

exam datang lagi

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah..hari ini 17 november 2011..

baru selamat menjawab internal paper untuk biochem...
sekali lagi..
sudah mencuba yg terbaik...baik buruk lepas tu...tawakkal tu a'lallah
insyaAllah...

semoga kali ini niat memang study sebab Allah dan nak berjaya sebab Allah dan ummah..harap diredhai..amin..

time2 exam macam ni memang banyak gelagat ...lagi2 kalau yg duduk sehostel ni..
muka sorang2 keruh semacam je..masa makan ke..masa jalan ke..sama je..
hehe..ada yang puasa dari turun mess pun ada
punyalah komited dengan exam..
bagus betul!

memang betul...takkan tak percaya dah la!
memang medik tak senang!

sebenarnya..apa2 pun tak senang..
'tiada yang mudah melainkan yang Allah jadikan mudah.. =) "
semoga Allah mempermudahkan jalan kita walau apa pun yang kita pilih..

transformasi diri??
masih lagi...
banyak lagi lompong2 kena tampal lagi

dan risau jugak sebenarnya...
bila exam ni..fokus lebih sikit pada pelajaran..
takut jugak iman terabai..
manusia..kan graf iman turun naik.. T.T
hopefully takdalah turun menjunam sampai terbabas merata2..

dekat Allah jugak kita mintak supaya dijaga hati dan iman kita..insyaAllah

sejak balik dari ceramah ustaz hasrizal hari tu..aku suka betul dengan konsep hidup PIES
P-physical
I-intelectual
E-emotional
S-spiritual

betul...setiap kali kita revise benda ni hari2..insyaAllah kita boleh isi setiap sudut diri untuk menjadi lebih baik...

baik dalam setiap aspek yg kat atas tu!

P- jgn la asyik nak jaga physical ja sebab nak sihat..
sampai asyik berdiet..exercise..
sampai letih longlai benda lain tak mampu nak buat...
tapi..kalau tak jaga...sakit..susah jugak kan??
so..balance kan lah! makan ontime..dan stretch2 la sikit kalau tak sempat sgt ;)

I- easy..nak isi intellectual kita..pakai ilmu!
nak exam memang ilmu jelah insyaAllah yang terisi...
tapi janganlah sebab exam je kita tuntut ilmu....istiqamah =)
takkan habis2 exam terus simpan buku dalam kotak sampai siap dah sealed konon tak nak tengok dah buku tu =P *perangai time budak2 SPM dulu*
apa salahnya..ilmu kan..kot2 1 hari perlukan lagi...
tambah lah ilmu walau dengan benda yang simple..macam makan sunat dengan tangan kanan?? *kot2 ada lagi tak tahu...hehe* ilmu jugak tu!

E- penting sangat kalau masa exam!
sebab masa ni semua dalam keadaan stress..masing2 fokus untuk apa yang perlu dibuat untuk berjaya...
time ini lah syaitan pun ambil role....hasut2 sikit...
asal orang cakap benda sensitif sikit mulalah naik angin..
asal ada yang tak cukup dah gelisah nak meletup...
its true! sebab emosi memang tak stabil bila minda kita dalam keadaan tak tenang...so... take a moment! stop...and rileks!
takkanlah dalam 24 jam kita tak boleh nak spent 1 jam untuk rehat sekejap...
*walaupun time ni masa sangat crucial*
jalan2 bilik kawan ke..bercakap off topic pasal pelajaran ke...
anything..something that can sooth your mind..
yang paling mudah...ambil wudhuk, pegang quran..bacalah sehelai dua =)
~hanya dengan mengingati tuhan, jiwa kita menjadi tenang~
tak pun in between break time study tu...solat sunat ke..*bg yg mampu* .. pakcik saya pernah cakap kalau time study rasa dah tepu...stop jap..g buat solat hajat..mintak dekat Allah. insyaAllah dipermudahkan =)

S-spiritual! okey..mostly muslims kan...pada yang beragam lain..buat lah cara yang korang digalakkan buat.
tak payah fikir payah2...jaga solat 5 waktu pun boleh kot...jangan sebab sibuk exam..sengaja lewatkan solat....
ok..saya bercakap dari sisi saya yang tak sempurna ni...selagi kita jaga hubungan kita dengan Allah, insyaAllah Allah pun jaga kita..
hubungan dengan manusia pun jgn lupa jugak...tapi itu kadang2 tergelincir jugak..mintak maaf la balik dengan member2 kan.. hehe
kalau iman korang rasa membuak2...tak pun korang rasa stress sampai nak jerit nak nangis semua2 kan...
try ni...tido awal...bangun awal....spent la 30 minit ke...DATING jap!
seriusly....time tu..buatlah luahan perasaan...try lah! cerita semua keTENSYENan korang...after all DIA Maha Mendengar dan Maha Tahu <3
tak payah lah nak cari kawan2 ke...kekasih hati masing2 ke....dorang pun manusia jugak..
ada time dorang pun busy...ada time dorang tengah stress..
time tu korang pulak cari dorang...memang wrong things at wrong place lah jawapnye!
alang2 nak kurangkan stress..bertambah 1 lagi beban dekat otak..hehe

after all..baliklah dekat Allah..pernah dengar tak?
Allah bg ujian dekat hambaNYA supaya hambaNYA memohon dan berdoa dekat DIA ..sebab DIA rindukan rintihan korang..
ALLAH rindu korang ok! so...takkan korang nak sombong sangat Allah bg hint rindu kat korang korang nak wat dunno je kan...haish...tu memang tak reti nak say thank you tu! huhu

pape pun ..its all back to ourselves...apa2 yang kita buat..just believe..kita mampu merancang...tapi in the end..Allah yang tentukan keputusan hidup kita

tapi janganlah asyik mintak tanpa usaha kan...itu macam orang yang berdoa pokok berbuah tapi baja tak letak...air tak siram,..
macam hamba mintak duit gaji...tapi goyang kaki...tak nak buat kerja....

i believe semua diberi akal yang bijak untuk berfikir..
janganlah buat2 macam tak ada akal ok! ^^

insyaAllah..hopefully bermanfaat..untuk diri yang dah leka dan jugak masih dalam gelombang exam ni.. selamat berjaya dunia akhirat folks!!=)