satu rasa yang mengasak dada
menyesak jiwa
mencelarukan minda
membawa hati menanti2
mengiring jasad terbayang2
yg tiada dilihat
yg dibaca dibayang2
yg dipandang tak nampak
yg didengar sentiasa berbisik
itulah rindu
satu rasa
penuh rahsia
Saturday, October 24, 2009
Friday, October 23, 2009
cerpenku: aku sendiri tak tahu...2
continue...
Aireena melangkah keluar dari bangunan gah itu dengan pelbagai perasaan yang mengasak benaknya..
geram; bukan salah aku terlambat hari ni!
meluat; perempuan tadi tu...haih..bagus jugak aku tak keje dengan dia sekali..
tawakal; mungkin ada hikmah untuk ape yang berlaku hari ni..
Sebelum memutuskan untuk terus pulang ke rumah sewanya, Aireena Marliana telebih dahulu melangkah ke kedai kopi berdekatan. Kasihan perutnya, merengek-rengek minta diisi. Selalunya gadis ini bukan jenis yang memulakan hari tanpa breakfast..tapi disebabkan temuduga yang dianggapnya begitu bermakna itu, terpaksa dia mengabaikan sebentar perutnya yang mula bersiul sejak tadi.
Sebungkus nasi lemak kurang sambal dan segelas nescafe tarik. Dia memang tak minat makanan yang pedas melampau. Merosakkan rasa makanan! Sudut hujung kedai makan itu dipilihnya untuk menghabiskan makanannya.
" hai cik adik, sorang je ke?" sambil mengeyit mata, seorang pemuda nakal menyapanya. Masih memandang walaupun terus melangkah, mengharapkan ada feedback dari si gadis ini.
' aku dah lah mood tak baik ni, ade hati nak cari pasal pulak. typical malay guy! bukan nak cari kerja elok-elok..asyik melepak je..pagi-pagi dah nak mula melepak..'ngomelnya dalam hati. Panas betul hatinya dengan sikap mereka ni..ada ijazah dibiar tergantung buat perhiasan. Yang ada otak pula, tak mahu mencuba nasib untuk menyambung pelajaran. Kalu ditanya, sebabnya memang trlebih senarai! Alasan! Habisnya, sapaan nakal itu dibiar sepi sambil mulutnya laju menguyah. Tak kisahlah nasi ni sedap ke tak!
Tiga hari berlalu..masih tiada orang yang menghubunginya untuk memaklumkan mengenai temuduga-temuduga yang dilaluinya. Letih! Ya, kadangkala dia mahu saja give up! Terasa sia-sia penat lelahnya belajar..anugerah dekan yang sering diterimanya semasa di Universiti seperti tidak membantu langsung! Namun tanggungjawabnya sebagai harapan keluarga mewajibkan kelamahan dirinya itu ditiup jauh dari dirinya. Tidak mahu menjadi seperti kak Ina yang menghampakan harapan ibu dan abah..semata-mata kerana seorang lelaki...
Thursday, October 22, 2009
manusia xsedar diri..
thats me!
exams are few more steps closer..but this forgetful human keep updating her facebook!!
no one to be blame but myself~
Wednesday, October 21, 2009
a challenging day for my patience...
this morning i woke up with 1 mission.."aku kena book tiket awal sebab mdm ... kate dh kompem cuti sem 26 nov sampai 13 dis.." because my first attempt to book my flight ( this is cheaper than buses ya people ) last night met dead ends..
so..i successfully did that! book my AK53.. to and from penang for my mid sem holiday! that was a great part of the story of course *duh..i got them cheaper! =P*
the dark part was...
around 6.40pm
"wey..ko tau tak..td mdm ... ckp, kte ade btn! so cuti yg 2 mggu tu cancel! kte cuti seminggu je.. naseb baik aku xbook lg flight.."
GREAT!!!
*remember my first point= to save money by booking early tickets for my flight *
now what??? in few hours , my 'few' RM are going to be 'donated' to airasia??
i can still smile if my bank account is not affected by the amount i took out for the tickets..of course the price is not the same as the van tickets i usually bought to bring me to Giant Nilai...(RM3!!!)
it is really great! the admin for this 'fabulous' college is great!
#no early notice for any change in program/schedule
#an 'hour' EARLY announcement on shortage of water supply- this is super normal in this 'heaven'
# the paid transportation are always on-time! ALWAYS!
#events for students??? toooooooooooooo many to be counted!
AND I DAMN MUCH LOOVEEE THIS SUPER WONDERFUL PLACE SOO CALLED 'MY' COLLEGE!- I'm being sarcastic honestly~
Monday, October 19, 2009
cerpenku: aku sendiri tak tahu...
Lencun!
Dari minggu lepas baju kebaya nyonya berwarna merah itu digosok dan ditilik hampir setiap kali sebelum Aireena melangkah ke kamar tidurnya. Dia tidak mahu disebabkan penampilan yang selekeh , dengan mudah ijazah perakaunannya dipandang senteng. Tapi kini??? Belum pun sejam dia mengenakan pakaian itu , akibat kebiadapan si penunggang motor yang lesen kuda itu , terpaksa dia terkocoh-kocoh pulang ke rumah. Mujur rumahnya hanya selang beberapa teres saja dari bus stand. Hari yang diharapkan membawa tuah untuk hari itu sudah menunjukkan petanda buruk.
" Kurang ajar nye lelaki tu!!! penat aku pilih baju ni, berhari-hari berlatih skrip nk dihafal depan penemuduga tu, senang-senang je dia mandikan aku dengan air tayar dia!! ingat dia sorang ke yang tau nak cepat???" Aireena tak habis manyumpah dalam setiap langkahnya. Mana tidaknya, perfume yang semerbak baunya pagi tadi dalam sekali simbah dah jadikan bau badannya tak kurang macam air longkang belakang rumah sewanya itu!
9.00 pagi
"Maaf cik , saya terlambat sebab tadi ada kemalangan sedikit. Hmm...boleh saya daftar lagi sekarang? Saya dah sediakan semua dokumen yang diperlukan. Saya minta maaf cik sebab saya dah terlambat..."
Tak sempat Aireena nak menarik nafas untuk meneruskan hujah-hujah membela dirinya , si tinggi lampai yang mengenakan mini skirt yang menampakkan sebahagian pehanya yang putih gebu itu telah pun berdiri memandang tepat ke dalam anak mata Aireena. Ditiliknya penampilan gadis itu...dari atas ke bawah...dari sepatu hitamnya yang sudah dihitamkan entah untuk kali keberapa , seluar panjang slack hitam yang dipadankan dengan kemeja jingga berbunga hitam dan rambut hitam ikal yang diikat rapi ke belakang ditatap lagi.
"cik..lain kali kalau dah tau time nye , kenalah puntual..bukannya lewat sejam macam ini. sorry but we already have another candidate before you...." sambil mengerling kepada Aireena gadis itu meniup-niup kukunya..baru disapu pengilat kuku agaknya. Kalau sekali pandang , memang tak berkelip juga memandangnya , lagak gaya tak tumpah macam artis Hollywood..cuma tag nama sahaja yang memastikan dia masih 'melayu'..Fatimah!
syukur..
semalam aku punya la mengidam pizza...
ni sume gara2 ternampak iklan dalam paper ari tu kot..huhu.
akibatnya, sepanjang pose enam ( walaupun dh memang paling penghujung aku abehkan) ni aku asyik terbayang2 je cheeseeeeeeeeeeeeeeeee!! huhu
nasib baik ade rkn2 yg menyayangi...td pegi mkn jugak akhirnya...
konon2 meraikan pose terakhir utk pose 6 ni..huhu
terdampar jap aku mcm ikan paus lps mghabiskan 1 single meal pizza..huhu +lasagna+ayam+ice lemon tea..=D
lps tu smbung pulak ke giant...xnak jd mnusia xbrsyukur, dh dapat mkn sdp2 maghrib nk wat bodo pulak kn...jadi kami pown solat la ngn isyak skali kat giant..dah alang2 'ter' ujung jugak time maghrib tu -sume salah pizza hut yg lmbt sgt servis td..
tapi tetap ALHAMDULiLLAH~~
Sunday, October 18, 2009
today is better
semalam kekalutan
hari ini damai
semalam kelaparan
hari ini perut penuh terisi
semalam sedih
hari ini mampu tersenyum
semalam wajah kelat
hari ini kemanisan dilihat
semalam benci
hari ini suka
semalam rindu
hari ini masih begitu
merindukan menemukan pemilik hakiki
yang mampu menafsir kata-kata hati
yang tidak terlihat dari zahiriah
yang tak terlahir dari bicara bibir
Saturday, October 17, 2009
feel a lost!!
dh lme kitorang xkontek...kalau ade pown, skrg ni aku je yg mule dulu.. ptg yg suram2 ni aku teringat pulak dekat die..huhu sorang kawan yg aku rase kadang2 aku dh buat banyak salah kat die..
bkn aku xhargai die..tp btl la org ckp..manusia ni mmg..ble bande tu dh xde bru nk terhegeh2 teringat la ape la...haihzz!! itu la akU!!!
dulu die tmpat aku nk cte mcm2 cite..maybe sbb die seorang lelaki so aku rse mcm bez ble cte kat die..
bkn brmksud kwn prmpuan xpntg..tp maybe mmg Allah dh jadikan kdg2 laki2 ni lg memahami..
tp skrg..rse mcm die dh jauh...bz ktenye..huhu...tp aku dpt rse mcm die jauh..dh xmcm dlu...
Subscribe to:
Posts (Atom)